Streram mungkin merayu - Utusan Malaysia

Streram mungkin merayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr. S. Streram mungkin akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan saman RM7.6 juta dikemukakannya terhadap bekas pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saman itu difailkan Streram berhubung dakwaan salah laku ketika proses penamaan calon hingga menyebabkannya tidak dapat bertanding pada Pi­lihan Raya Umum Ke-14.

Peguam Sathia Stella Sidhu, yang mewakili Streram memberitahu pemberita bahawa pihaknya mempunyai masa sehingga 20 April ini bagi memutuskan sama ada akan memfailkan rayuan berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…
S.STRERAM
S.STRERAM 

Peguam itu berkata, isu dalam kes itu adalah sesuatu yang baharu dan penting kerana Mahkamah Persekutuan perlu membuat keputusan sama ada Pengurus Pilihan Raya kawasan Parlimen Rembau ketika itu, Amino Agos Suyub dan SPR, dikategorikan sebagai penjawat awam menurut Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak hari ini bagi memaklumkan perkembangan kes itu.

Pada 20 Mac lalu, Mahkamah Rayu­an membenar­kan rayuan Amino Agos dan SPR untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman tersebut.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmadi Asnawi berpendapat, Streram tidak dapat membuktikan Amino Agos seorang penjawat awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini