Sterling pamer prestasi menakjubkan - Stones - Utusan Malaysia

Sterling pamer prestasi menakjubkan – Stones

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 April – Pertahanan tengah Manchester City John Stones mengagumi kerja keras yang dipamerkan rakan sepasukan Raheem Sterling bersama The Catizen, musim ini.

Sterling telah meledakkan 17 gol musim ini dan memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) serta Pemain Terbaik Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA), tahun ini.

Walaupun Stones tidak mengundi Sterling atau Bernardo Silva bagi anugerah PFA, dia bagaimanapun mengambil kesempatan untuk memuji bekas penyerang Liverpool itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap dapat mengundi rakan sepasukan di City. Bagaimana Raheem menguruskan dirinya musim ini, dia telah mengatasi banyak perkara termasuk perkara yang bukan melibatkan bola sepak.

“Cara dia menegakkan kepercayaannya dan masih lagi dapat menampilkan persembahan terbaiknya, ia adalah sesuatu yang mengagumkan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Stones yang memilih untuk mengundi Son Heung-min, menjelaskan prestasi penyerang Tottenham itu berjaya menyingkirkan City daripada Liga Juara-Juara, harus diberikan pujian.

“Saya seorang peminat Heung-min, dia mula menampilkan kualiti yang sebenar. Saya telah mengundi dia,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini