COLOMBO 25 April – Sri Lanka menempatkan ribuan anggota tentera tambahan di seluruh negara bagi membantu pasukan polis memburu kesemua suspek pengebom bunuh diri yang melancarkan serangan pada Ahad lalu.
Jurucakap tentera, Sumith Atapattu berkata, penembahan itu dibuat daripada 1,300 kepada 6,300 anggota tentera dengan pasukan tentera udara dan laut turut ditambah sebanyak 2,000 orang.
Selain itu, kerajaan negara ini juga mengeluarkan larangan penggunaan dron dan kesemua pengendali lesen turut digantung buat sementara waktu. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











