KUALA TERENGGANU – Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran segera menyiasat pihak yang bertanggungjawab menyebabkan projek Taman Ilmu terbengkalai, kata Pengerusi PH Terengganu (PH), Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah. Raja Kamarul Bahrin yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, meskipun projek itu bukanlah di bawah urusan kementerian, namun ia perlu diketengahkan demi kepentingan rakyat Terengganu. Beliau pernah membuat aduan sebanyak dua…










