SPRM kesal berita diulang siar pihak tidak bertanggungjawab - Utusan Malaysia

SPRM kesal berita diulang siar pihak tidak bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan laporan berita yang dimuat naik oleh Facebook Vats 69 – Perjuangan Semalam hari ini kononnya terdapat dua pegawainya ditahan kerana disyaki positif dadah di sebuah pusat hiburan di Brickfields, Kuala Lumpur.

Sumber SPRM berkata, sebaliknya laporan itu adalah kes lama yang berlaku pada tahun 2017 dan hanya diulang siar dengan niat mahu mencemarkan imej suruhanjaya itu sebagai sebuah badan berintegriti tinggi.

“Sebetulnya kes ini adalah pada tahun 2017 iaitu kes lama bahkan pegawai terlibat sudah diambil tindakan buang kerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berita lama ini diulang dengan niat menjatuhkan reputasi SPRM dan disifatkan tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, laman Facebook Vats 69 – Perjuangan Semalam memuat naik berita bahawa terdapat dua pegawai SPRM ditahan kerana disyaki positif dadah di sebuah pusat hiburan di Brickfields. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini