PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadakan satu perjanjian dengan United Nations Development Programme (UNDP) untuk menambah baik pengurusan operasi pilihan raya di negara ini. Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, perjanjian yang ditandatangani hari ini merupakan satu dokumen projek yang bertajuk Sokongan Reformasi Pilihan Raya Malaysia yang berkuat kuasa bermula April tahun ini sehingga Disember 2020. Jelasnya, ia merupakan sebuah projek di bawah naungan Country Programme Action Plan…









