SELEPAS sebulan diperhalusi, prosedur operasi standard (SOP) baharu aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang yang ditunggu-tunggu pelbagai pihak dijangka diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar. Sejak awal bulan ini, Jawatankuasa Eksekutif Penilaian bertungkus-lumus menambah baik draf SOP baharu itu sebelum ‘dimurnikan’ sektretariat terlibat. Draf SOP tersebut pada awalnya dimuat naik di portal Kementerian Air, Tanah, dan Sumber Asli sejak 31 Mac lalu. Draft setebal 174 muka surat itu menjelaskan keseluruhan rantaian aktiviti perlombongan bermula peringkat praperlombongan, semasa perlombongan dan pasca perlombongan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya