LONDON 10 April – Pada ketika kebimbangan menyelubungi Tottenham ekoran kecederaan yang dialami Harry Kane dan Dele Alli, Son Heung-min muncul penyelamat apabila meledak gol tunggal untuk membantu Spurs menewaskan Manchester City 1-0 dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara hari ini. Beraksi di stadium baharu Tottenham Hotspur, Heung-min meledak gol kemenangan ketika permainan berbaki 12 minit untuk ditamatkan. Terdahulu, penjaga gol Spurs, Hugo Lloris turut cemerlang menyelamatkan sepakan penalti Sergio…










