Siti Kasim kecewa dengan PH - Utusan Malaysia

Siti Kasim kecewa dengan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim meluahkan kekecewaan terhadap pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas kerajaan membuat keputusan menarik diri daripada menyertai Statut Rom bagi Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Siti Kassim
Siti Kassim 

Dalam akaun Twitter miliknya, Siti turut menyatakan semakin hilang harapan dengan kepemimpinan kerajaan.

“Semakin putus harap dengan kepemimpinan PH. (Sebelum ini), Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), Laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan kini Statut Rom pula,” katanya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerajaan akhirnya memutuskan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah ditandatangani pada 4 Mac lalu.

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini setelah mengambil kira bantahan pelbagai pihak termasuk Majlis Raja-raja.

Jelas Perdana Menteri, bantahan itu berlaku kerana mereka tidak memahami isi kandungan statut berkenaan sehingga bertindak memburukkan kerajaan dan diri beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini