JOHOR BAHRU 16 April – Langkah menyita 11 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam di Pasir Gudang dilaksanakan mengikut prosedur. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sebelum ini notis peringatan, notis peringatan terakhir, notis menyita premis dan notis pembatalan perjanjian sudah dikeluarkan. Jelas beliau, apabila mereka tidak mengendahkannya kerajaan negeri terpaksa bertindak demikian sekali gus menafikan dakwaan bertindak kejam atau tidak berhati perut…