Sime Darby Property lantik Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan baharu - Utusan Malaysia

Sime Darby Property lantik Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 April – Sime Darby Property Bhd. mengumumkan pelantikan Betty Lau Sui Hing sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan berkuatkuasa 1 April 2019.

Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi Albakri Wan Ahmad Amin Jaffri berkata, Lau menggantikan Datuk Tong Poh Keow yang telah bersara daripada jawatan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan pada 31 Mac 2019.

“Kami mengalu-alukan Lau dalam keluarga Sime Darby Property. Pengalaman dan pengetahuan beliau yang mendalam akan memperkukuhkan lagi barisan pengurusan kanan syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau akan bertanggungjawab dalam menyelia segala urusan pengurusan kewangan Kumpulan, terutamanya menyediakan kepimpinan kewangan strategik dan sokongan kepada pengurusan kanan dan lembaga pengarah, melaksanakan inisiatif transformasi di semua segmen perniagaan untuk mencapai tahap kecekapan yang terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum menyertai Sime Darby Property, Lau adalah Ketua Pegawai Kewangan bagi Malaysia Land Sdn. Bhd., Hatten Land Limited dan IOI Properties Group Bhd. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini