MEMBACA buku Abdul Latip Talib (2017) mengenai kejatuhan Melaka di tangan Portugis memberi kita pengajaran betapa pentingnya kualiti dan amanah kepimpinan dipertahankan dan peranan penasihat yang belot telah membawa kemusnahan serta mengakibatkan Melaka dijajah silih berganti selama hampir 450 tahun. Meneliti buku Revolusi Mental susunan Senu Abdul Rahman (2005) dengan ramai lagi penyumbang mengingatkan kita perlunya perubahan cara berfikir orang-orang Melayu dalam menghadapi cabaran sezaman dan kerenah lingkungan. Mengimbau buku…










