Siasatan SPRM: Salahuddin nafi ada projek, tak masuk akal - Utusan Malaysia

Siasatan SPRM: Salahuddin nafi ada projek, tak masuk akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 9 April – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub menafikan ada projek yang sedang dibangunkan kementerian berhubung isu rasuah jam tangan mewah yang terpalit dengan setiausaha politik sehingga ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SALAHUDDIN AYUB
SALAHUDDIN AYUB 

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak masuk akal, Salahuddin juga memaklumkan yang beliau mahupun kementerian tidak mengambil sebarang tindakan susulan ke atas setiausaha politik tersebut dengan alasan selesa bekerja dengannya.

“Tiada apa-apa projek dan itu nonsense (tidak masuk akal).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia (setiausaha politik) masih lagi bekerja sejak hari pertama keluar daripada tempoh remannya,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kilang susu Goodday di sini hari ini.

Ujar Salahuddin, penyiasatan dilakukan SPRM setakat ini telah selesai dan beliau menyerahkan kepada undang-undang untuk menentukan nasib lelaki berusia 47 tahun itu.

“Kalau dia kena dakwa, biar undang-undang tentukan (sama ada dakwaan itu betul atau salah),” katanya.

Setiausaha Politik Salahuddin direman empat hari oleh SPRM selepas disyaki menerima suapan berbentuk jam tangan jenama Omega dianggarkan bernilai RM28,000 tahun lalu dan dibebaskan pada 4 April lalu.

Reman terhadap lelaki itu dilakukan susulan dakwaan pemberian jam tersebut dipercayai sebagai dorongan daripada sebuah syarikat untuk membolehkan projek di bawah kementerian berkenaan dapat dibangunkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini