Siasat Muhammad Zamri Vinoth secara adil - Utusan Malaysia

Siasat Muhammad Zamri Vinoth secara adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 April – Tidak perlu menghukum pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang ditahan kerana dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap agama Hindu sebelum diputuskan bersalah menerusi proses perundangan.

Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Sheikh Omar Ali berkata, siasatan perlu disiasat secara adil dan mengikut lunas undang-undang berdasarkan setiap laporan polis yang dilakukan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri itu berpendapat, perkara tersebut perlu dilihat secara lebih objektif dan penuh cermat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berhubung isu seperti ini, ia tidak akan selesai dengan siasatan atau pendakwaan dan hukuman, ini hanya sampai tahap hukuman sama ada denda dan sebagainya.

“Di sini pentingnya dialog antara agama diadakan kerana dengan adanya platform sedemikian, pihak terlibat dapat duduk berbincang tentang pelbagai isu secara lebih waras dan objektif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kelmarin, Muhammad Zamri Vinoth yang juga merupakan pembantu pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik ditahan polis di Kangar, Perlis atas dakwaan menghina agama Hindu.

Tambah Sheikh Omar, pihaknya juga berharap Muhammad Zamri Vinoth akan mendapat ruang keadilan yang secukupnya daripada siasatan ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini