PUTRAJAYA – Setiausaha politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub direman selama empat hari bermula hari ini selepas disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan jenama Omega dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000 tahun lalu. Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan. Lelaki berusia 47 tahun itu tiba di Mahkamah…










