PUTRAJAYA 2 April – Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani direman empat hari berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan dianggarkan bernilai RM28,000. Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman lelaki berusia 47 itu sehingga Jumaat ini. Terdahulu, lelaki itu tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini pada pukul 9.10 pagi dengan berbaju reman SPRM. Semalam, suspek tersebut…










