PUTRAJAYA 4 April – Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang direman berhubung dakwaan menerima suapan berbentuk jam tangan dianggarkan bernilai RM28,000 dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Suspek berusia 47 tahun itu yang sebelum ini direman selama empat hari sejak kelmarin mendapat perintah bebas reman daripada Majistret Noraisyah Mohd. Yusof dengan jaminan RM10,000 bersama seorang penjamin. Tempoh reman lelaki itu sepatutnya berakhir esok, namun…










