Sesuatu yang gila - Vertonghen - Utusan Malaysia

Sesuatu yang gila – Vertonghen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 April – Pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen menyifatkan pertemuan dengan bekas kelabnya, Ajax di separuh akhir Liga Juara-Juara sebagai sesuatu yang gila.

Gergasi Eredivisie itu melangkah ke saingan empat terbaik saingan elit Eropah itu buat kali pertama sejak 1997 selepas menampilkan aksi luar biasa dengan menundukkan Real Madrid dan Juventus.

Vertonghen memulakan karier profesionalnya di Amsterdam sebelum menyertai Spurs pada 2012.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertahanan Spurs itu berkata, kecemerlangan Ajax bukan sesuatu yang luar biasa dan dia akan melakukan persiapan sebaik mungkin untuk aksi separuh akhir menentang bekas kelabnya itu.

“Ajax, memang sesuatu yang gila untuk mereka berada di sana. Kehadiran Ajax adalah kejutan lebih besar berbanding kami.

“Saya mengikuti setiap perlawanan mereka, saya bercakap dengan kakitangan kelab, saya tahu kemampuan mereka.

“Permulaan Liga Juara-Juara mereka mengejutkan semua orang tetapi sekarang tidak lagi. Apabila sampai ke tahap ini jelas mereka memiliki kualiti Liga Juara-Juara.

“Saya tahu kecemerlangan mereka kerana mereka menewaskan Madrid dan Juventus,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini