SAUDARA PENGARANG,APABILA ahli politik, pemimpin perniagaan dan ahli akademik bercakap tentang mendidik untuk masa depan, maka ramailah yang menyentuh tentang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM). Walau bagaimanapun, desakan dan tumpuan yang banyak diberikan terhadap STEM di sekolah dan unjuran agar lebih ramai orang menerima latihan dalam STEM menjana risiko yang perlu kita beri perhatian. Mendidik orang untuk pekerjaan mungkin memberi mereka kemahiran dan pengetahuan. Tetapi ketika pendidikan hanya terbatas…










