ILLINOIS 25 April- Sepasang suami isteri diberkas polis kerana dipercayai membunuh anak mereka yang berusia lima tahun.
Jo Ann Cunningham, 36 dan Andrew Freund Sr, 60, sebelum ini membuat laporan palsu berkaitan kehilangan mangsa, Andrew Freund selepas kanak-kanak tersebut hilang sejak seminggu lalu.
Cunningham turut membuat penampilan dalam rancangan Good Morning America untuk merayu supaya anaknya itu dikembalikan segera.
Namun, keengganannya untuk membantu siasatan polis untuk menjejaki anak lelakinya itu menimbulkan curiga dalam kalangan penyiasat.
Polis, yang menjalankan siasatan mempercayai mangsa tidak melarikan diri atau diculik.
Berdasarkan soal siasat terhadap pasangan itu, polis berjaya menemui petunjuk dan akhirnya menemui kubur mangsa yang terletak kira-kira 20 minit dari kediaman mereka.
Kedua-dua suspek kini berada dalam tahanan polis dan berdepan lima pertuduhan bunuh.- AGENSI











