KOTA KINABALU 27 April – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi kritikal selepas terhidu gas toksik dari tong simpanan ikan lama di Jalan Lubuk Poring, Sepanggar, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, mangsa Hasril La Ridi, 42, disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala Eni, 31, berada dalam keadaan kritikal. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, kedua-dua mangsa…










