KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi kritikal selepas terhidu gas toksik daripada tong simpanan ikan lama di Jalan Lubuk Poring, Sepanggar, dekat sini tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari, mangsa Hasril La Ridi, 42, disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala Eni, 31, berada dalam keadaan kritikal selepas kedua-dua mereka yang berasal dari Indonesia itu dilaporkan pengsan setelah terhidu gas semasa membuka tong simpanan ikan berkenaan. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mangsa meninggal dunia telah diserahkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya