ISKANDAR PUTERI 17 April – Barisan Exco baharu kerajaan negeri Johor akan diumumkan selewat-lewatnya menjelang akhir minggu ini. Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal berkata, pihaknya sedang meneliti nama-nama Exco tersebut sebelum dimuktamadkan secepat mungkin. “Saya akan memilih pasukan Exco yang selesa bekerja dengan saya. Kita masih kekalkan 11 portfolio termasuk satu portfolio di bawah saya untuk berkhidmat di bawah kerajaan negeri,” katanya. Ditanya mengenai jumlah muka baharu yang akan dilantik…










