SEMPORNA 11 April – Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan dua lelaki menyeludup keluar 88 tong berisi petrol disyaki ke Filipina, selepas menahan sebuah bot di perairan Pulau Kulapuan, dekat sini semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, semasa menjalankan tugas rondaan di kawasan laut berkenaan, bot tempur PPM dan VAT 69 terserempak sebuah bot dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan…










