JAKARTA 17 April – Calon Presiden Prabowo Subianto optimis beliau dapat memenangi pilihan raya Presiden (pilpres) 2019 dengan meraih 63 peratus undi pemilih Indonesia. Semasa ditemui di pusat pengundian (TPS) 41 di Kampung Curug,Jawa Barat, Prabowo berkata, rakyat Indonesia inginkan perubahan, reformasi dan inginkan kepada kemakmuran, keadilan serta kemakmuran. “Optimis-optimis, sokongan sangat besar. Pengiraan kami,kami raih 63 peratus undi,” kata Prabowo sebagaimana lapor Detik News, hari ini.- AGENSI










