Saya terkejut! - Utusan Malaysia

Saya terkejut!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 April – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad yakin Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam tidak bersalah.

KHALID ABDUL SAMAD

Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, beliau secara peribadi terkejut dengan berita penahanan tersebut atas tuduhan menerima sogokan jam tangan bernila RM28,000.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setahu saya dia berkorban ribuan ringgit dan masanya untuk menentang amalan rasuah, Semoga dia tabah menghadapi ujian ini.

“Saya doakan dia dilindungi Allah daripada segala perancangan jahat lawan politik sekiranya ada dan diadili dengan adil. SPRM akan menjalankan tugasnya tanpa gangguan atau campur tangan politik dari PH. Namun saya yakin, kerana saya kenal dirinya, dia tidak bersalah,” katanya dalam lama Twitter miliknya di sini hari ini.

Semalam, SPRM menahan Setiausaha Politik kepada Salahuddin kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000.

Salahuddin bagaimanapun menjelaskan tidak akan campur tangan dengan penahanan tersebut dan akan membiarkan perkara itu diadili oleh undang-undang kerana Setiausaha Politiknya juga sama seperti rakyat Malaysia yang lain iaitu tertakluk kepada undang-undang. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini