Satu unit rumah kedai terbakar - Utusan Malaysia

Satu unit rumah kedai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Satu unit rumah kedai lima tingkat terbakar dalam kejadian di Jalan Hang Lekiu di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.05 sebelum menghantar jentera dari tiga balai berdekatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, setiba sahaja mereka di sana, didapati terdapat kebakaran sebanyak 20 peratus di tingkat satu rumah kedai tersebut.

“Api berjaya dikawal kira-kira pukul 10.44 dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya kira-kira pukul 11.30.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh unit forensik bomba bagi mengenal pasti punca dan kerugian sebenar kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini