ALOR SETAR 27 April – Ketua Jurulatih Selangor, B. Sathianathan mahu seorang penyerang baharu yang bermain di posisi nombor sembilan dibawa masuk menerusi jendela perpindahan kedua untuk mengisi kekosongan Rufino Segovia yang masih dibelengu kecederaan. Menurut Sathianathan, beliau sudah membincangkan perkara itu dengan pihak pengurusan dan berharap keputusan dapat dicapai bagi membawa masuk segera pemain tersebut. Sambil memberi bayangan sudah mempunyai calon penyerang tersebut, Sathianathan berkata, beliau tidak boleh menceritakan…










