Sarri puji aksi pemain muda The Blues - Utusan Malaysia

Sarri puji aksi pemain muda The Blues

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 April- Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri menghambur pujian terhadap Callum Hudson-Odoi dan Ruben Loftus-Cheek dengan menyifatkan mereka sebagai bintang masa depan The Blues selepas pemain muda itu mencetus kemenangan 3-0 ke atas Brighton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Dalam pertemuan di Stamford Bridge, laungan mendesak pengendali Itali itu, meletak jawatan sekali lagi didengari seperti ketika kemenangan Chelsea yang kurang meyakinkan di Cardiff, Ahad lalu.

Penyokong Chelsea yang berang menunjukkan rasa tidak puas hati mereka hujung minggu lalu susulan keputusan Sarri untuk tidak menurunkan pemain sayap England, Hudson-Odoi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Desakan itu menyaksikan Sarri menurunkan Hudson-Odoi dalam kesebelasan utama buat pertama kali dalam saingan liga, manakala Loftus-Cheek memanfaatkan kepercayaan pengendali itu dengan membantu pasukan kekal di landasan untuk memburu tempat dalam kelompok empat teratas.

Hudson-Odoi mengumpan bola untuk gol babak pertama Olivier Giroud dan Loftus-Cheek membuat umpanan untuk gol kedua yang dijaringkan Eden Hazard.

Pemain tengah England, Loftus-Cheek melengkapkan kemenangan bermakna itu dengan gol ketiga.

“Pemain-pemain muda beraksi sangat baik tetapi saya sudah menjangkakannya. Callum telah bersedia untuk bermain dalam setiap perlawanan.

“Dia menunjukkan peningkatan ketara sepanjang musim. Saya amat gembira untuknya kerana dia juga mampu bertahan dengan baik,” katanya.

Chelsea kini di tangga kelima, di belakang Arsenal di tangga keempat yang hanya dibezakan jumlah jaringan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini