KUCHING 6 April – Sarawak yang dibarisi sebahagian besar pemain muda berjaya memberi cabaran kepada Kelantan apabila mengikat Red Warriors 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, hari ini. Penolong jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail berkata, walaupun purata barisan pemainnya berusia 23 tahun tetapi mereka berjaya menunjukkan permainan yang matang sehingga mampu menguasai keseluruhan perlawanan. “Kita berjaya mencipta banyak peluang pada babak kedua perlawanan namun gagal memanfaatkan sepenuhnya. Biasalah…










