KUCHING 30 April – Sarawak mencatat seramai 682 kanak-kanak tidak berwarganegara dari 2016 hingga Mac tahun ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata angka itu adalah berdasarkan permohonan yang diterima oleh Jawatankuasa Khas Negeri Mengenai Status Kewarganegaraan mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan. “Penubuhan jawatankuasa khas itu telah banyak mempercepatkan tempoh proses pemberian status warganegara kepada…










