SEMPENA sambutan ulang tahun ke-25, Kenny Rogers ROASTERS (KRR’s) menawarkan hidangan kombinasi cita rasa Timur dan Barat menerusi pengenalan sajian Kenny’s Anniversary Meal. Hidangan istimewa itu diadun dengan sos ayam oriental BBQ dan western twist. Adunan sos tersebut melengkapkan sajian ayam panggang KRR’s. Antara ramuan bagi menghasilkan sos unik itu adalah madu lebah yang pekat dan sos barbeku kacang soya yang menerima sentuhan oriental. Ekstrak jus semula jadi daripada ayam…










