Saintis jumpa fosil pemangsa gergasi 22 juta tahun - Utusan Malaysia

Saintis jumpa fosil pemangsa gergasi 22 juta tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI, Kenya – Satu fosil spesies haiwan pemangsa purba yang memiliki saiz lebih besar berbanding beruang kutub dan bertaring panjang berjaya ditemui baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Ahli paleontologi dari Universiti Ohio menemui fosil haiwan berusia 22 juta tahun itu dalam sebuah kotak simpanan di Muzium Kebangsaan Kenya.

Sebelum ini, spesimen itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang kajian sehingga penyelidik universiti berkenaan menemuinya semula dan menyedari kepentingan fosil berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengkaji menamakan fosil itu sebagai Simbakubwa kutokaafrika, sejenis haiwan karnivor gergasi yang mempunyai tengkorak sebesar kepala badak sumbu. Simbakubwa bermaksud singa besar dalam bahasa Swahili di Afrika tetapi bukan tergolong dalam keluarga kucing.

Haiwan purba daripada kumpulan mamalia karnivor hyaenodonts itu pernah menduduki tahap teratas rantaian makanan di benua Afrika. Ia juga mendominasi rantau Afrika selepas kepupusan dinosaur kira-kira 66 juta tahun dahulu.

“Ini adalah fosil penting menunjukkan koleksi muzium untuk memahami sejarah evolusi,” kata Profesor Stevens yang mengetuai penyelidikan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini