WASHINGTON – Saintis mengakui mereka masih gagal merungkai persoalan berhubung fenomena banyak paus kelabu ditemui mati dan terdampar di kawasan perairan barat Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Daily Mail. Sepanjang tahun ini, sebanyak 30 bangkai paus kelabu ditemui terdampar di kawasan pantai dari negeri California hingga Washington. Lazimnya, paus sepanjang 9 meter itu akan berenang melalui Perairan Barat ke Alaska ketika musim panas. Bagaimanapun, tahun ini menyaksikan banyak bangkai paus…










