JOHOR BAHRU – Dr. Sahruddin Jamal, Mohd. Khuzzan Abu Bakar dan Aminolhuda Hassan merupakan antara nama yang disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor beberapa hari kebelakangan ini, sebelum pengesahan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian hari ini. Satu poster yang meletakkan gambar ketiga-tiganya, menjadi viral melalui media sosial hari ini, dengan tajuk ‘siapa pun calon Menteri Besar Johor mestilah mendapat perkenan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, seperti yang…










