Saham KL bercampur-campur pada tengah hari - Utusan Malaysia

Saham KL bercampur-campur pada tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Saham-saham di Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari berbanding bursa serantau yang didagangkan lebih tinggi, disokong oleh sentimen positif dan Wall Street yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Pada rehat tengah hari, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.73 mata kepada 1,635.90 berbanding 1,643.63 pada penutupan Jumaat selepas dibuka 2.8 mata lebih tinggi pada 1,646.43.

Indeks turun naik antara 1,632.97 dan 1,647.59 sepanjang sesi pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedudukan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 367 berbanding 305, manakala 376 kaunter tidak berubah, 809 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.45 bilion saham bernilai RM786.87 juta.

Bagi bursa serantau, indeks Nikkei Jepun meningkat 1.55 peratus kepada 21,534.35, manakala Hang Seng Hong Kong menambah 1.65 peratus kepada 29,530.19.

Peniaga itu berkata kebanyakan pasaran saham Asia meningkat pada Isnin, terutama disebabkan oleh kemajuan dalam perbincangan perdagangan AS-China.

“Kami berharap kedua-dua AS dan China akan mencari penyelesaian sama sama menang dalam rundingan, mengangkat pasaran saham di seluruh dunia.

“Sementara itu, Bursa bercampur-campur ekoran pelabur menunggu keputusan dimuktamadkan di Beijing pada Jumaat,” katanya.

Beliau berkata bursa tempatan juga menyaksikan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan saham berkaitan kewangan, selain minat dalam saham bermodal kecil.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing susut empat sen kepada RM9.23 dan RM12.62, Public Bank turun 64 sen kepada RM22.52 dan PChem tidak berubah pada RM9.16.

Bagi saham aktif, Konsortium Transnasional meningkat sembilan sen kepada 17.5 sen, Gets Global dan Sealink International masing-masing menambah 3.5 sen kepada 37 sen dan 24 sen, manakala Bumi Armada tidak berubah pada 19 sen.

Indeks FBM Emas merosot 32.74 mata kepada 11,521.10 dan Indeks FBMT100 turun 37.34 mata kepada 11,370.01, namun Indeks FBM Emas Shariah meningkat 27.27 mata kepada 11,715.33.

Indeks FBM Ace turun 11.64 mata kepada 4,820.51, manakala FBM70 meningkat 19.45 mata kepada 14,232.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 173.66 mata kepada 16,795.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.22 mata kepada 169.15, dan Indeks Perladangan menokok 37.74 mata kepada 7,223.85. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini