Rugi RM487,000 akibat Macau Scam - Utusan Malaysia

Rugi RM487,000 akibat Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 April- Seorang penjawat awam rugi RM487,000 selepas terperdaya dengan ‘Macau Scam’ di Kuching, Sarawak kelmarin.

Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu semalam selepas dilaporkan mangsa yang berusia lingkungan 20-an.

“Pada 7 April lalu, suspek menelefon mangsa dan memaklumkan dia mempunyai tunggakan bayaran kad kredit sedangkan mangsa tidak mempunyai kad kredit di bank seperti yang dinyatakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa kemudian disambungkan kononnya ke Ibu pejabat Polis Kontinjen Terengganu di mana mangsa dituduh terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah dan penggelapan wang,” lapor Utusan Borneo.

Menurut Mustafa Kamal, mangsa turut diarahkan untuk membuka akaun bank kononnya untuk penyiasatan juruaudit negara serta menyerahkan butiran akaun tersebut kepada suspek.

Jelas beliau, mangsa membuat semakan di bank pada 14 April lalu didapati wangnya sebanyak kira-kira RM487,000 lesap.

“Mangsa mengetahui tentang penipuan Macau Scam dan pernah mendengarnya melalui pelbagai saluran media namun kerana panik telah mengikut arahan suspek.

“Difahamkan wang tersebut hasil simpanan keluarga mangsa sejak dia kecil lagi,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini