SERDANG 22 April – Ketua jurulatih skuad lelaki negara, Roelant Oltmans melahirkan keyakinan skuad bimbingannya mampu menyerlah pada Kejohanan Hoki Siri Final FIH 2019 selepas mempamerkan peningkatan prestasi sejak kebelakangan ini. Pengendali berusia 64 tahun itu yang mengetuai pasukan Belanda meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta, berkata prestasi pemainnya semakin meningkat semasa sesi latihan dan cukup bersedia mengharungi cabaran pada kejohanan bakal berlangsung di Stadium Hoki Nasional…










