KUCHING 23 April – Sejumlah RM390,425 kerugian dicatatkan membabitkan kes penipuan bantuan kebajikan sepanjang tahun lepas. Malah, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, empat kes dilaporkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM17,880 membabitkan modus operandi yang sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, sindiket tersebut kembali aktif baru-baru ini dan dua warga emas telah menjadi mangsa. “Mangsa yang merupakan suri rumah itu masing-masing…










