RM1.5 juta laksana dasar, transformasi pendidikan di Johor - Utusan Malaysia

RM1.5 juta laksana dasar, transformasi pendidikan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 April – Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta bagi melaksanakan dasar dan transformasi dalam bidang pendidikan di negeri ini pada tahun ini.

Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan berkata, antaranya untuk memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pendidikan abad ke-21 serta membina karektor murid.

Katanya, kerajaan negeri turut menyumbang RM1 juta pada tahun ini untuk kerja-kerja penyelenggaraan, ubah suai dan naik taraf sekolah-sekolah di seluruh negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Atas keprihatinan terhadap bidang pendidikam juga kerajaan negeri menyumbang RM180,000 untuk sambutan hari guru pada tahun ini di seluruh negeri.

“Begitu juga kerajaan negeri menyumbang RM200,000 untuk pengelolaan kejohanan olahraga pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2019 di Dewan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kempas, di sini sebentar tadi.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal merasmikan sambutan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini