KUALA LUMPUR 13 April – Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) di sini hari ini melancarkan dua buku kartunis tersohor negara iaitu Abdul Fatah Ngah dan Saadon Ishak sebagai usaha mengenang jasa kedua-dua tokoh tersebut sepanjang penglibatan mereka dalam dunia kartun. Buku berjudul Fatah: Kartunis Akar Terengganu hasil tulisan Sabri Said merupakan buku berbentuk biografi yang menceritakan Abdul Fatah, seorang kartunis kurang upaya yang popular sejak era 80-an sehingga kini.…










