KUALA LUMPUR 17 April – Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan sentimen lemah ke arah mata wang negara sedang pesat membangun Asia susulan kebimbangan terhadap pertumbuhan perlahan di China dan ketidakpastian akan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China. Pada pukul 9.06 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1340/1390 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 pada paras penutup Selasa. Seorang peniaga berkata, para pedagang mengambil pendirian berhati-hati dalam…










