KUALA LUMPUR 12 April – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan data ekonomi kurang memberangsangkan, kata peniaga. Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada paras 4.1175/1225 berbanding dolar AS daripada 4.1120/1160 semasa ditutup pada Khamis. Ketua strategi perdagangan dan pemasaran SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, indeks pengeluaran perindustrian Malaysia (IPI) yang berkembang 1.7 peratus tahun ke tahun pada Februari, mencatatkan pertumbuhan paling perlahan…










