MASIH berbekas di hati wanita berkulit kuning langsat itu apabila terkenangkan kembali setiap patah kata cemuhan yang dilemparkan jiran kepada nenek dan dirinya. Disebabkan dia merupakan satu-satunya dalam kalangan adik-beradiknya yang tinggal di rumah nenek di Sri Kembangan, Selangor ramai beranggapan dia merupakan remaja bermasalah. Kejadian itu bukan sahaja menimbulkan rasa terkilan dan sedih buat Fara Umira Abd. Halim, 26, malah berasa kasihan terhadap neneknya, Arpah Md. Nor, 71, yang…