KISAH cinta pasangan pelakon, Aiman Ridza Hakim dengan Zahirah MacWilson bukan gimik pelaris untuk mempromosikan naskhah tertentu di televisyen. Kisah cinta mereka benar-benar tulus dan diuar-uarkan bukan bertujuan untuk meraih keuntungan. Benar, pasangan sama cantik sama padan ini sedang dilamun alam percintaan yang mengasyikkan pada waktu ini. Lebih menambah keindahan sedia ada lagi apabila cinta yang dipupuk itu mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. PASANGAN pelakon ini tidak merahsiakan hubungan…










