Reman seorang pegawai JPJ P. Pinang dilanjut - Utusan Malaysia

Reman seorang pegawai JPJ P. Pinang dilanjut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 30 April – Tempoh reman seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri dilanjutkan selama enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersabit kes rasuah lori kebal.

Tempoh lanjutan reman terhadap pegawai berusia 49 tahun bermula esok hingga Selasa depan itu dikeluarkan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Pegawai berkenaan merupakan salah seorang daripada tiga penguat kuasa JPJ negeri dan bekas kakitangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang direman selama seminggu di mahkamah sama pada 24 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suspek juga merupakan antara 76 penguat kuasa JPJ dan orang awam yang direman SPRM sejak terbongkarnya aktiviti rasuah membabitkan jabatan itu awal bulan lalu.

Kesemua mereka direman bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa lebih muatan di sekitar negeri ini.


Semua penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini