Remaja ditemui mati lemas - Utusan Malaysia

Remaja ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Remaja lelaki yang dihanyutkan arus deras di Sungai Triang, Chemomoi, Bentong kelmarin ditemui meninggal dunia pada pukul 7 pagi tadi.

Mayat Sofian Sahar, 14, ditemui terapung di tebing sungai tersebut kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang pada pukul 6.30 petang Rabu lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Mohd. Sani Harul berkata, mayat mangsa ditemui oleh anggotanya ketika membuat rondaan di tebing sungai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rabu lalu, Sofian dilaporkan lemas ketika berenang menyeberangi sungai itu bersama tujuh lagi rakannya yang turut dihanyutkan arus deras.

Rakan-rakannya bagaimanapun berjaya diselamatkan penduduk yang berada di kawasan berhampiran. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini