KUALA LUMPUR 23 April- Seorang remaja perempuan dicabul oleh pembantu perubatan ketika berada di dalam ambulans bagi mendapatkan rawatan Hospital Selayang, di Gombak dekat sini kelmarin. Lebih menjijikkan, perbuatan tersebut dilakukan ketika mangsa berusia 18 tahun itu berada dalam keadaan lemah serta separa sedar. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan dibuat majikan mangsa berusia 51 tahun yang memaklumkan mengenai kejadian itu. “Sebelum kejadian, mangsa…










