Ramsey mungkin berehat panjang - Utusan Malaysia

Ramsey mungkin berehat panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 April – Pengurus Arsenal, Unai Emery memaklumkan bahawa Aaron Ramsey mungkin memerlukan beberapa minggu untuk pulih daripada kecederaan hamstring yang dialami sewaktu aksi suku akhir kedua Liga Europa menentang Napoli, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Arsenal meraih kemenangan 1-0 ke atas Napoli sekali gus membolehkan kelab itu melangkah ke separuh akhir dengan agregat 3-0.

“Ia adalah kecederaan yang melibatkan otot dan kebiasaannya memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih,” kata Emery.

Ramsey terpaksa diusung keluar padang pada minit ke-34 sebelum Alexandre Lacazette meledak gol kemenangan pada minit ke-36 menerusi sepakan percuma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×