LONDON 2 April – Aaron Ramsey menjadi pencetus kepada kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Newcastle awal pagi ini untuk membantu kelabnya melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL). Selepas membuka jaringan di babak pertama, pemain antarabangsa Wales itu menjadi penggerak kepada gol kedua Arsenal yang dijaringkan Alexandre Lacazette di penghujung babak kedua. Kemenangan ini membolehkan Arsenal mengumpul 63 mata daripada 31 perlawanan dengan berbaki tujuh lagi aksi musim ini.…










